Monday, September 16, 2013

JODOH CINTA SEJATI YANG DIJANJIKAN ALLAH






Wahai Suami...
Jika benar kau kasih & cintakan isterimu itu,

Bawalah dia ke jalan Allah,
Nasihatilah dia dengan penuh hikmah,
Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah,

Jagalah dia dengan ikhlas kerana Allah,

Cintailah dia,

Kasihanlah dia,

Lindungilah dia,

Hargailah dia,

Ungkapkan terima kasih di atas penat lelahnya,

Bersyukur dengan kelebihannya,

Terimalah kekurangannya,

Bersabar dengan kelemahannya,

Jadi imam terbaik & redhalah engkau kepadanya..

Dan semoga dia menunggumu di syurga... Insya-Allah

WANITA HIASAN DUNIA DAN BIDADARI SYURGA





CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

JODOH TELAH DIJANJIKAN ALLAH


JODOH TELAH DIJANJIKAN ALLAH




Pesanan Buat Kita Bersama... 

Elakkan bertanya kepada orang lain, persoalan yang menjadi rahsia Allah.


"Bila nak kahwin? Umur semakin bertambah. Orang lain dah beranak-pinak."

"Bila nak ada anak? Merancang ke? Ada orang kahwin awal, dapat anak laju je."

Agar ... tidak menggores perasaan yang sedang bersabar dengan ujian Allah, yang redha dengan ketentuan Allah.

Adapun kahwin awal, kerana sudah sampai jodoh.

Adapun dapat anak cepat dan ramai, kerana rezeki telah ditetapkan Allah.

Baik bagi kita, belum tentu baik di sisi Allah. Dan tidak baik bagi kita, tetapi ia mungkin baik di sisi Allah.

Allah juga sebaik-baik perancang. Sesungguhnya Allah tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya. Apa yang Allah beri sentiasa yang terbaik disisi-Nya.